5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing,
pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan
merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah
kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok
juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair
badan.
8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai
masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .
9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat
seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry,
mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan,
merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna
dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan
sembelit.
10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia,
kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan
kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus
mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat
kebas tangan dan kaki.
11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan
bengkak.
Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air
mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan
membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat
batuk,
demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada
luka yang parah.
12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau
sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan
sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah
mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya
gosokkan pada bahagian yang kebas.
14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi
merawat asma,
batuk,
busung, melawaskan
pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan,
asma,
batuk, bronchitis,
busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan
darah tinggi, kebas tangan atau kaki.
15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi
merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.
Cara penanamannya
Potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (
pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (
boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih).
Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti
kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan
tunas (
mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan).
Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna
apa-apa baja organik yang murah2 . Pokok Ini mulai berbuah dalam umur
3-4 minggu syarat mesti trim daunnya. pokok yang berusia 1 tahun dan
telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang
rumah satu tingkat.
Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup.